RISALAH JUDI 1

Monday, May 24, 2010

RISALAH JUDI 1-


Firman Allah SWT:

Wahai orang-orang Yang beriman! Bahawa Sesungguhnya arak, dan judi, dan pemujaan berhala, dan mengundi nasib Dengan batang-batang anak panah, adalah (Semuanya) kotor (keji) dari perbuatan syaitan. oleh itu hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu berjaya.(Al-Maaidah 90)

Buktinya : KUALA TERENGGANU: Polis menahan seramai 19 orang lelaki berusia antara 18 hingga 55 tahun ketika berjudi sabung ayam di kawasan hutan Bukit Sah, Nerang, Kemaman, tengah hari semalam. Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat, berkata polis merampas 14 ekor ayam sabung dan wang tunai RM102 di tempat kejadian


















Buktinya : PORT DICKSON: Polis berjaya membanteras kegiatan sindiket perjudian dengan menahan sembilan orang, termasuk seorang lelaki berusia 20 tahun yang dipercayai penganjur serta merampas wang tunai RM33,865 dan mata wang Singapura sebanyak S$85 di Bukit Pelandok dekat sini, malam kelmarin.




Ada beberapa fakta hebat dalam perbahasan peringkat jawatankuasa di parlimen

Pertama: Penyertaan begitu ramai Ahli Parlimen Bukan Muslim yang mendesak supaya judi dihapuskan.

Kedua: Tiada seorangpun Ahli Parlimen BN yang menyokong supaya judi dihapuskan.

Ketiga: Hasil judi DISEMBUNYIKAN daripada pengetahuan rakyat Malaysia. Ia terus dimasukkan ke dalam Akaun yang disatukan. Ada maklumat sahih mengatakan ia disembunyikan di bawah hasil kastam. Tiada BUTIRAN atau KOD hasil!!

Keempat: Ini adalah pendapatan yang diperolehi oleh kerajaan. Sudah tentulah keuntungan industri judi ini puluhan kali ganda lagi. Akaun boleh sahaja dimanipulasi. Perolehan Syarikat judi tentulah berkali ganda berbanding cukai yang dibayar

Kelima: Judi disalurkan kepada Sukan, Kebajikan, Sosial, Kebudayaan dan Kesihatan.

Keenam: Special Draw dimulakan untuk membantu mangsa JE di Bukit Pelanduk ia bermula 1998. Sekarang sudah ada 6 syarikat yang menganjurkan Special Draw. Setiap Syarikat 12 Kali. Ia menjadikan Special Draw dianjurkan 72 kali Setahun!!

Ketujuh: Pertaruhan biasa adalah sebanyak 3 hari seminggu iaitu Hari Rabu, Sabtu dan Ahad.

Lihatlah Faktanya :


Syarikat Perjudian Kutipan Tahun 2008 (RM)

Genting Malaysia Berhad 949,802,170

Sport Toto 509,739,584

Magnum Corporation 396,477,793

Pan Malaysia Pools 270,764,197

Pan Malaysia Racing 138,576,130

Daily One Corporation 18,082,749

Sandakan Turf Club 18,182,034

Sarawak Turf and Equestrian Club 29,776,000

JUMLAH 2.37 BILION

Kesan buruk daripada berjudi :

1. Api neraka utama bagi mereka.

Sabda Nabi SAW :

كل لحم نبت من الحرام فالنار أولى به

Maksudnya: Setiap daging yang tumbuh daripada sumber yang haram maka api nerakalah utama bagi mereka.

2. Pergolakan rumah tangga

Contohnya : KUANTAN 8 April 10- Tindakan seorang isteri yang enggan mengadakan hubungan seks dengan suaminya kerana tidak sihat mengundang padah apabila dia disimbah asid di rumah mereka di Felda Bukit Sagu 2, di sini awal pagi semalam.

Suaminya yang dipercayai kaki judi itu bertindak demikian sehingga mendatangkan kecederaan parah di muka dan tubuh isterinya yang ketika itu sedang tidur kira-kira pukul 2 pagi.

3. Bunuh Diri

Contohnya: IPOH, 21 Jan 09- Seorang lelaki ditemui mati dengan keseluruhan badannya terbakar akibat kecewa kerana ibunya gagal menyediakan wang puluhan ribu ringgit bagi menjelaskan hutang judinya. Teoh Kin Meng, 47, dipercayai kaki judi lumba kuda ditemui dalam keadaan melecur hampir keseluruhan badan selepas menyimbah badannya dengan petrol di rumahnya di Jalan Raja Ekram, di sini pukul 11 pagi ini.

4. Bergaduh

Contohnya : . Sewaktu bercinta mmg saya tahu suami kaki judi tetapi dia berjanji nak berhenti lepas kahwin. Tak cukup gaji, barang kemas saya digadaikan. Orang datang tuntut hutang perkara biasa ~ pernah rumah kami dibaling tahi. Sumber Rujukan ( http://blogs.iium.edu.my/junaidi/ )

Oleh itu masyarakat di ingatkan supaya sedar dengan implikasi yang besar menimpa rakyat Malaysia apabila kerajaan bertindak meluluskan lesen judi bola kepada Syarikat Berjaya Group.


Daripada :
Lajnah Dakwah & Pembelaan Islam
Dewan Pemuda Pas Negeri Pahang

anti zina

Sunday, March 14, 2010



Dewan pemuda Pas kawasan kuantan telah menganjurkan program "Orang Muda Geng Kite". Program itu telah dilangsungkan di Taman Esplanate Kuantan, bermula dari jam 10.00 malam sehingga jam 12.00 malam. Makanan dan minuman telah disediakan sebanyak 200 bungkus untuk diagihkan kepada muda mudi yang berada disekitar taman tersebut.
Pada malam itu juga, Ust Riduan Mohd Nor (Exco Dewan Pemuda Pas Pusat) telah melancarkan risalah "Anti Zina"di Taman Es Planet yang kemudiannya telah diedarkan oleh pemuda-pemuda kuantan.
Objektif Program :
- Mendekatkan Pemuda dengan Pas.
- Menyebarkan larangan zina melalui risalah
- Melatih petugas-petugas menyantuni pemuda dan pemudi
Keterangan Gambar :
Gambar 1 :Ust Fadhli (berbaju Biru Merah) sedang mmenyantuni pemuda dan pasangannya dengan memberikan makanan, minuman dan risalah .
Gambar 2 : Ust Riduan Mohd Nor (berjubah putih)bergambar bersama-sama pemuda kuantan selepas pelancaran risalah "Anti Zina"