PERKARA PENTING DALAM PERJUANGAN

Monday, October 13, 2008


KEPENTINGAN DALAM PERJUANGAN

Kepentingan perjuangan dalam islam terbahagi kepada beberapa bahagian.iaitu :

1. Terhadap Individu:

· Memajukan dan mengangkat martabat diri.
· Menjadi individu yang sentiasa memberi menafaat kepada orang lain.
· Mendapat ganjaran yang besar disisi Allah di dunia dan akhirat.

2. Terhadap Masyarakat :

· Berlumba-lumba melakukan kebajikan
· Melahirkan masyarakat yang menyebarkan dakwah islam.
· Melahirkan masyarakat yang sentiasa prihatin terhadap orang lain.

3. Terhadap Negara:

· Mempertahankan Negara daripada ancaman musuh.
· Memaju dan membangunkan Negara dalam pelbagai bidang kehidupan.
· Meninggikan imej Negara di mata dunia.


ADAB-ADAB BERJUANG DAN DALIL-DALILNYA

1. Niat kerana Allah SWT. Firman Allah SWT:
قل إن صلاتى ونسكى ومحياى ومماتى لله رب العالمين
Maksudnya: Katakanlah: "Sesungguhnya sembahyangku dan ibadatku, hidupku dan matiku, hanyalah untuk Allah Tuhan Yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.( Al-An’aam 162 )

2. Sanggup berkorban.Samada harta, nyawa, masa dan tenaga. Firman Allah SWT :
تؤمنون بالله ورسوله وتجهدون فى سبيل الله بأموالكم وأنفسكم
Maksudnya: Iaitu kamu beriman kepada Allah dan rasulnya serta kamu berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan diri kamu.(As-Saff 11)

3. Meletakkan kepentingan agama melebihi kepentingan peribadi. Sabda Nabi SAW :
عن أبى هريرة رضى الله عنه أن رسول الله (ص) قال: والذي نفسى بيده,
لا يؤمن أحدكم حتى أكون أحب إليه من والده وولده
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah R.anhu bahawa RasuluLlah SAW bersabda: “Demi diriku yang berada di dalam genggamannya, tidaK sempurna iman seseorang kamu sehingga aku dikasihinya melebihi dari ibu bapanya dan anaknya.( H.R Bukhari)

4. Sentiasa beriltizam dan istiqamah dalam perjuangan. Firman Allah SWT:
فاستقم كما أمرت
Maksudnya:Oleh itu, hendaklah engkau (wahai Muhammad) sentiasa tetap di atas jalan yang betul sebagaimana yang diperintahkan kepada kamu.(Hud 112)

5. Mempunyai personaliti diri sesuai dengan tuntutan islam. Sabda Nabi SAW:
عن أبى هريرة رضى الله عنه قال رسول الله (ص): المؤمن القوي خير
وأحب إلى الله من المؤمن الضعيف
Maksudnya: Daripada Abu Hurairah R.anhu, RasuluLlah SAW bersabda: “ Mukmin yang kuat lebih baik dan disukai daripada mukmin yang lemah”. (H.R Muslim).

6. Mematuhi arahan. Mentaati arahan ketua untuk menjamin kekuatan dan kejayaan dalam setiap perjuangan. Firman Allah SWT:
أطيعوا الله وأطيعوا الرسول وأولى الأمر منكم
Maksudnya: Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada rasul dan kepada pemimpin dikalangan kamu. ( An-Nisaa’ 59 )

7. Mempunyai semangat berpasukan. Firman Allah SWT:
إن الله يحب الذين يقاتلون فى سبيله صفا كأنهم بنيان مرصوص
Maksudnya:Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang Yang berperang untuk membela ugamaNya, Dalam barisan Yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan Yang tersusun kukuh. (As-Saff 4)

8. Bersabar dan berdisiplin dalam perjuangan. Firman Allah SWT:
واصبر على ما أصابك إن ذلك من عزم الأمور
Maksudnya: “Dan bersabarlah di atas bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya.(Luqman 17).

CIRI-CIRI PENTING YANG PERLU ADA PADA
PEJUANG ISLAM


1. Beriman dan yakin dengan ganjaran yang akan dikurniakan oleh Allah SWT.

2. Bermatlamat untuk mendapatkan redha Allah.

3. Sanggup berkorban harta, masa dan tenaga untuk kepentingan islam.

4. Tidak takut dan gentar untuk menghadapi musuh islam.


Wallahu Aklam
141020080907am

r

Saturday, October 11, 2008